
|
✿LABUAN✿
Friday, 2 October 2015 • 20:41 • 1 comments
Assalamualaikum semua..
Hari ni pagi pagi lagi Cik Emok dah update blog. Ada apa apa ke ni? Ehemm ehmemm... Buat batuk-batuk pulak. Hehehe sebenarnya tak ada apa pon. Saja je Cik Emok tulis enty baru sebab Cik Emok bosan sorang-sorang kat dalam bilik ni. Nak sembang pon roomate Cik Emok tak ada pergi kelab silat. Haii Cik Emok ni takda koko ke hari ni? Heyy choiinya mulut kau sapa cakap Cik Emok tak ada koko. Koko Cik Emok petang nanti pukul 2.
Okay Cik Emok nak cerita sikit lah ni. Semalam ada lah Cik Emok dengan kawan kawan sewa kereta nak pusing pusing Labuan. Nak sewa kereta kat sini memang senang tambah tambah bagi student UMSKAL ni. Tak payah nak risau lah takut susah nak sewa kereta sebab senior senior sini memang buat business sewa kereta nak cari income tambahan bulanan katakan. Bagi students UMSKAL yang ada kereta sendiri yang nak income tambahan, bolehlah buat business sewa kereta. Berbaloi tau.
Okey lah disebabkan dah lama teringin nak makan steamboat so semalam pusing pusing Labuan cari bahan bahan. Mula mula singgah Financial Park or Ujana Kewangan a.k.a UK. UK ni macam mall paling besar gila paling femous gila lah kat Labuan ni. Hehehe Pusing pusing mall tu dalam 2jam sebab nak cari kedai jual printer. Kita student kena bijak dalam penjimatan duit ni. Kena survey dulu kedai mana yang jual pastu bandingkan harga then baru boleh decide nak beli kedai mana. Lepas puas pusing pusing tu tetiba perut lapar. Mula mula nak makan KFC je tapi masa tu KFC tak bukak lagi. Then pergi Pizza Hut tapi sama ja tak bukak lagi. Kitorang pon decide nak makan dekat Food Court. Food Court sini kecik je tapi makanan dia sedap dan harganya sangat berbaloi. Bagi student yang suka berjimat macam Cik Emok ni kerja nak cari kedai murah je makan kat sini kira okey. And kalau nak beli barang dalam UK ni Cik Emok cadangkan korang beli dekat kedai yang namanya Monegain Sdn Bhd. Murah wa cakap lu.
Sempat lagi Cik Emok selfie hehehe....
Lepas tu kitorang pi Pasar Besar Labuan. Sapa nak cari bahan bahan basah kat Labuan sini memang banyak la sebab pasar dia besar. Dah namanya pon memang Pasar Besar kan hehehe Sini dari seafood ke ayam daging ke buah ke sayur semua dia jual. Macam macam jenis ada. Lagipon senang nak cari sebab dia dah buat bahagian bahagian. Contohnya macam kalau nak beli ayam dia ada jual dekat bahagian ayam je, kalau nak beli sayur ada kat bahagian lain pulak. Dia tak campur sebab senang pembeli nak pilih yang segar segar. Kitorang beli sayur je sini sebab nak masak steamboat kan. Kitorang tak sempat nak pusing sini sebab kitorang sewa kereta 5jam je takut tak sempat nak beli barang lain lagi. Seterusnya kitorang pergi Utama Jaya dekat je dengan Pasar Besar. Boleh jalan kaki je tapi kitorang berlari lari macam dalam Running Man sebab kitorang ada masa lagi 30minit je sebelum kena hantar kereta balik. Sini kalau kat Perlis macam C-Mart and The Store la. Bahagian bawah dia jual barang barang dapur and makanan frozen. Tingkat dua dia jual pakaian. Harga tak sempat nak survey la pulak hehehe Tingkat tiga jual peralatan elektrik. Harga okey lah. Cik Emok beli rice cooker kat sini. Tapi kalau taknak beli kat sini, boleh juga beli di Milimewa. Harga di Milimewa memang berbaloi la. Kalau nak beli baju Cik Emok dah survey harga kat situ memang murah tapi Cik Emok tak beli lagi sebab Cik Emok nak tunggu kurus dulu baru nak beli baju baru. Hahaha. Sini tempat tempat nak pergi dekat dekat je. Walaupun jalan kat sini kecik tapi tak ada jam lagi lah sepanjang Cik Emok dok keluar. Pastu seterusnya kitorang pon balik UMSKAL meneruskan projek misteri kitorang iaitu nak masak steamboat. Nyuummmm~ Cik Emok still terbayang bayang lagi kesedapannya. Hehehe puji diri sendiri.
Nampak sedap kan? Mohon korang terliur. Hahaha
|
✿STATUS✿
![]() ✿ABOUT✿
![]() ✿MAKE A WISH✿ ✿OTHERS✿
♥ >> Baru jejakkan kaki ke dunia blog.
date : 23/09/15
at:10 am
♥ >> Masih belajar.
date : 1/09/15
at: 12pm
♥ >> Bakal menjadi CINDERELLA.
date: FUTURE
at: 13.12pm
✿BLOG ARCHIVE✿ |