
|
✿ROTI CANAI✿
Saturday, 10 October 2015 • 09:41 • 0 comments
Assalamualaikum semua... Hai hai hai! Hello hello hello!
Bila kita dok jauh dari family, mulalah macam macam yang kita mengidam. Nak makan itu lah, nak makan ini lah. Taknak makan itu lah, itu dah boring lah, nak makan yang tu pulak lah. Macam macam kerenah. Disebabkan kita yang lapar, maka layan je lah kan. Makanan mana yang kita mengidam tu, kita belilah kalau jumpa. Kalau tak, menggelarlah tulang rusuk korang hahaha.
Cik Emok ni tak kira masa. Hari hari mengidam. Jenuh jugak nak layan. Kadang kadang menggeletar sorang sorang. Kalau ada yang terjumpa Cik Emok tengah menggeletar sorang sorang tu, harap jangan tanya lagi eh kenapa. Huhuhuhu jadi macam mana nak hilangkan rasa mengidam tu? Apa yang Cik Emok buat adalah......... Cik Emok jumpa atok Google mintak dia tayang resepi sedap sedap.
Nak dijadikan cerita, tengah tengah Cik Emok dok scroll gambar gambar makanan yang maha sexy dan menggiurkan tu, Cik Emok ternampak satu gambar roti canai. Apa lagi menggeletar lagi lah Cik Emok. Pastu dengan gigihnya search resepi roti canai. Disebabkan perut sendiri punya pasal, ku relakan segalanya. Hehehehe jadi hari ni baru sempat nak buat sebab weekand kan. Mudah sikit sebab banyak masa kan. Lagipon bahan bahan nak buat roti canai ni guna bahan asas je. Senang nak cari mudah lah bagi student kalau nak masak. Tapi perlukan keazaman yang tinggi sebab nak uli tu ya ampunnnn...
Jadi resepi resepinya ialah...
RESEPI ROTI CANAI
Resepi asal: Ourkizuna
Bahan-bahan:
●3 cawan tepung gandum
●1biji telur
●1sudu besar gula
●1/2 sudu besar garam
●1 cawan air
●Margerin
Cara cara:
●Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam besen. Gula dan garam boleh ikut kesukaan masing masing. Kalau suka manis, boleh lebihkan gula. Kalau suka masin, lebihkan sikit garam. Tapi jangan banyak sangat sebab nanti kita nak guna margerin.
●Masukkan sebiji telur.
●Tuangkan separuh cawan air. Uli sebentar dan tuang sedikit demi sedikit air ke dalam doh. Jangan masukkan air terlalu banyak sebab kita dah masukkan telur. Kita masukkan telur supaya roti canai nanti lebih rangup dan garing.
●Uli doh tu sehingga doh tu jadi lembut. Boleh uli sambil tengok Doraemon or Shin Chan supaya tak rasa lama sangat mengguli. Agak agak doh tu dah lembut boleh lah stop. Sangat sesuai bagi sapa sapa yang nak hilangkan lemak di lengan.
●Ambil sedikit doh dan bentukkan menjadi bulat. Anggaran saiz ikut kesukaan masing masing. Kalau nak roti canai tebal, besarkan sikit. Tapi ikut logik, lagi besar lagi cepat la habis hehehe
●Ambil mentega dan sapukan di keliling roti canai. Pastikan semua bahagian kena. Lagi banyak lagi bagus.
●Simpan doh semalam. Ini kena pandai agak. Takut nanti kalau keras or terlalu lembut, susah pulak kita nak mencanai sebab nanti doh cepat terkoyak. Cik Emok ikut resepi asal iaitu simpan selama 8-9jam.
Doh dah siap disimpan semalaman.
●Canai doh satu persatu. Kalau sapa yang pro dalam penebaran, boleh la aplikasikan kebolehan anda tu. Tapi bagi Cik Emok ni, Cik Emok tarik tarik je bagi senipis dan sebesar yang boleh.
●Dah tarik tu lipatkan doh menjadi empat segi. Atau pon boleh juga kalau lipatkan doh memanjang lepas tu pusingkan doh. Tapi masa proses lipat or pusing, jangan tekan doh tu. Nanti baru ada layer layer rangup tu. Hehehe
●Panaskan pan. Sapukan margerin pada pan. Boleh la goreng roti canai tu. Tekan tekan bagi bentukkan bulat. Kalau yang suka rasa roti lebih, biarkan bahagian tepi tu menggelembung sikit. Tapi Cik Emok suka roti yang garing, jadi Cik Emok nipiskan roti.
●Dah siap boleh lah angkat. Tapi jangan lupa kepuk kepukkan roti tu supaya nampak lebih rangup. Aummmm.... Boleh makan cicah susu pekat. Sedapnyaaaa...❤
Pssttt... Sebenarnya doh Cik Emok buat pon terkoyak semasa proses mencanai. Mungkin doh terlalu lembut sebab Cik Emok tertuang banyak air dan kurang uli. Jadi roomate lah yang datang membantu. Dia buat jadi cantik pulak. Kurang sikit terkoyaknya. Jadi dia lah tukang mencanai Cik Emok tukang goreng je. Huhuhuhu Kalau nak resepi yang lagi tepat, boleh lah pergi rujuk pakar: Ourkizina.
Sekian terima kasih.❤ |
✿STATUS✿
![]() ✿ABOUT✿
![]() ✿MAKE A WISH✿ ✿OTHERS✿
♥ >> Baru jejakkan kaki ke dunia blog.
date : 23/09/15
at:10 am
♥ >> Masih belajar.
date : 1/09/15
at: 12pm
♥ >> Bakal menjadi CINDERELLA.
date: FUTURE
at: 13.12pm
✿BLOG ARCHIVE✿ |