CIK EMOK
ENTRY INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK
✿ APAM BALIK STUDENT ✿
Saturday, 24 October 2015 • 09:59 • 0 comments
Assalamualaikum semua... Apa khabar?


Exam mid-sem semakin dekat. Jadi macam biasalah students, makin dekat exam, makin pulun lah baca buku. Tapi Cik Emok ni, makin dekat exam, makin pulun try resepi baru. Haiyaaaa~ Kau amek kelas kewangan la, bukan memasak wahai Cik Emok oiii...

Roomate kesangan Cik Emok dah lama teringin nak makan ampam balik. Hari ni baru mampu nak buat. Baru rajin nak 'kucai' adunan guna tangan. Ingan mudah ke cik oii. Perlukan keazaman yang tinggi. Usaha tu tangga kejayaan hehehe.

RESEPI APAM BALIK STUDENT SEDAP
Resepi asal: Resepi Bonda

Bahan-bahan apam balik:
1/2 cawan gula
1biji telur
1 1/2 cawan air
2cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk penaik
Secubit garam
Mentega

Bahan-bahan perasa:
Kacang tanah hancur
Jagung krim
Jem strawberry
Cheese parut
Coklat/Milo


Masukkan 1/2cawan gula dan sebiji gula ke dalam besen. Pukul/blend sehingga telur menjadi kembang.

Masukkan air ke dalam adunan dan kacau/blend sehingga sebati. Sini sekejap je. Agak agak adunan telur dan gula tadi dah sebati dengan air, korang boleh stop la.

Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk penaik dan secubit garam ke dalam adunan. Kacau/blend lagi sehingga adunan menjadi sebati. Sebati kat sini maksudnya adunan tepung tu dah tak berketul-ketul.

Panaskan kuali. Kalau ada kuali non-stick lebih bagus guna yang tu. Sapukan sedikit mentega pada kuali. Jangan sapukan terlalu banyak mentega.

Tuang 1senduk adunan ke dalam kuali. Ratakan dan nipiskan adunan ke seluruh permukaan kuali. Lagi nipis, lagi rangup dan lagi sedap. Nyummm~ Biarkan seketika.

Taburkan gula, krim jagung, dan kacang tanah hancur. Biarkan seketika kemudian letak sedikit mentega supaya ada rasa masin.

Lipat adunan menjadi dua. Bila rasa adunan jadi rangup, boleh lah angkat. Sedap dimakan waktu petang yang hujan dengan secawan teh panas.

Korang boleh gantikan krim jagung tu dengan apa-apa perasa yang korang suka. Tapi ingat, jangan lupa taburkan kacang tanah hancur sebab kacang tanah hancur tu adalah asas kepada perasa sebenar apam balik.
Cik Emok cuma buat dua perasa ja, krim jagung dengan milo. Tapi Cik Emok tak taburkan kacang sebab kat sini tak ada kacang tanah hancur yang dah siap diproses. Jadi Cik Emok cuma lebihkan mentega supaya lebihkan rasa masin tu. Tapi still sedap jugak. Hehehe sapa-sapa yang ada allergic kacang tu boleh la buat macam yang Cik Emok buat.
Jadi para student sekalian tunggu apa lagi, moh ler kite ramai-ramai buat apam balik rangup sedap pelbagai perisa ni. Mudah je cara nak buat dan dijamin sedap. Kalau saya boleh buat, awak semua pon mesti la boleh buat jugak. Much better.

Terima kasih kerana sudi membaca. Byeee jumpa lagi








OLDNEW
✿STATUS✿
" Rindu keluarga di kampung. "

✿ABOUT✿


✿Cik Emok Mok. ✿Perlis. ✿28 June 1996. ✿UMSKAL’s student. ✿Islamic Finance.✿

✿MAKE A WISH✿

Masuk Universiti
Berat idaman
Belajar masak
Dekan List
Latio Sport

✿OTHERS✿


>> Baru jejakkan kaki ke dunia blog.
date : 23/09/15
at:10 am


>> Masih belajar.
date : 1/09/15
at: 12pm


>> Bakal menjadi CINDERELLA.
date: FUTURE
at: 13.12pm

✿BLOG ARCHIVE✿

  • ✿ROTI CANAI✿
  • ✿LABUAN✿
  • ✿PERANTAUAN✿