CIK EMOK
ENTRY INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK
✿ MANJA RASA ✿
Friday, 18 December 2015 • 18:36 • 0 comments
Assalamualaikum semuaaa... :) Apa khabar? Sihat? Yeahhh alhamdulillah...

Sejak dua hari lepas, hujan turun tak berhenti di Labuan. Sejuk ja rasa, macam di oversea ja. Yeahhh memang di over-the-sea pon huhuhu. Yelah selalunya panas terik ja di Labuan ni. Kalau pakai shawl tu, terasa panas terus membakar dahi. Maaf yer orang Labuan hehehe tapi memang Labuan ni panas sikit dari tempat lain kat Malaysia ni. Orang kata sebab keliling dia laut, sesuai untuk berjemur. Tapi sini susah nak jumpa mat saleh berjemur. 

Kalau sejuk-sejuk  ni, rasa macam sedap ja kalau makan benda yang panas-panas kan? Jadi Cik Emok ngan kawan-kawan ambik keputusan nak makan steamboat kat satu restaurant ni nama dia, Manja Rasa or Manja Rasa Floating Restaurant.

Gambar dari ihsan Encik Google.

Apa yang bestnya kat Manja Rasa ni? Yeaahhh... Meh sini Cik Emok nak cerita sikit pasal restaurant Manja Rasa ni.

Restaurant Manja Rasa terletak dekat Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan ataupun Labuan International Sea Sport Complex. Cuma ambil masa empat minit ja dari Ujana Kewangan, dekat je. Kalau dah datang makan di Manja Rasa, nanti boleh try makan dekat Senkawa Japanese Restaurant dan Mawilla Seafood Restaurant. Sebab restaurant ni dekat-dekat je. Boleh jalan kaki ja sambil menikmati pemandangan laut.

Macam yang kawan Cik Emok cakap: "Pantai kat sini adalah pantai yang paling cantik kat Labuan ni. Area sini memang tempat orang amek gambar or buat photoshoot weddings. Kalau datang melancong, sini tempat wajib dilawat sebab ramai yang nak datang amek gambar dekat perkataan LABUAN yang besar tu."

Cik Emok mai waktu petang. And time tu hujan. Tak sempat nak snap gambar banyak-banyak.

Apa yang Cik Emok faham, Manja Rasa sediakan makanan buffet ala-ala BBQ Korea. Makan sampai buncit.  Kita boleh makan steamboat dan dalam masa yang sama boleh grillkan daging or ayam. Kuah steamboat boleh pilih antara dua, nak sup ataupun tomyam. And sudah semestinya Cik Emok akan pilih tomyam hehehe dan rasanya pon agak sedap. Teringat ke semenanjung. And apa yang penting, seorang cuma dikenakan RM25 sahaja! Wuhuuuuu~


Seafood yang disediakan pon agak banyak. Ada sotong, ikan, ketam, udang and such fishball, sosej. Disediakan juga ayam and daging untuk digrill. Sayur pon macam-macam jenis disediakan. Bagi peminat telur, disediakan telur jugak. Tauhu telur Jepun pon ada disediakan. Bagi sapa-sapa yang terasa nak makan nasi, boleh lah makan nasik ataupun bubur nasi yang disediakan and ada kuey teaw dan bihun jugak! Jangan risau, buah-buahan dan air jugak disediakan. Banyak lagi la ada. Cik Emok tak sempat nak snap gambar sebab nampak daging tu macam menari-nari suruh makan dia hehehe.

Dan yang paling best, seorang hanya dikenakan RM25 sahaja. Bagi Cik Emok berbaloi la sebab Cik Emok makan sampai sangat kenyang. Makan sampai tak ingat dunia. Lepas tu terpaksa la berlari-lari sebab nak kejar masa nak pulangkan kereta huhuhuhu oh lupa nak cakap. Manja Rasa ni mula buka pukul 3petang sampai jam 12.30 malam. So take your time dude. You have plenty of times so makan sampai kenyang yehh. Jangan membazir.


Masa Cik Emok datang, rasanya restauran Manja Rasa ni baru buka rasanya, jadi tak ramai pengunjung yang datang. Jadi bolehlah pilih seat dengan view yang cantik hahahaha. Tapi disebabkan hujan, tak dapatlah kitorang nak menikmati pemandangannya tu. Eh, kat sini kita boleh nampak banyak kapal-kapal berlabuh tersadai ja. Cantik sangat.
Resatauran Manja Rasa ni ada dua tingkat. Tapi Cik Emok cuma pilih dekat bawah ja. Tak sure pulak dekat atas boleh guna ke tak. Tapi kalau nak naik tengok pemandangan tu boleh ja. Cantikkkk~ 





OLDNEW
✿STATUS✿
" Rindu keluarga di kampung. "

✿ABOUT✿


✿Cik Emok Mok. ✿Perlis. ✿28 June 1996. ✿UMSKAL’s student. ✿Islamic Finance.✿

✿MAKE A WISH✿

Masuk Universiti
Berat idaman
Belajar masak
Dekan List
Latio Sport

✿OTHERS✿


>> Baru jejakkan kaki ke dunia blog.
date : 23/09/15
at:10 am


>> Masih belajar.
date : 1/09/15
at: 12pm


>> Bakal menjadi CINDERELLA.
date: FUTURE
at: 13.12pm

✿BLOG ARCHIVE✿

  • ✿ APAM BALIK STUDENT ✿
  • ✿ROTI CANAI✿
  • ✿LABUAN✿
  • ✿PERANTAUAN✿