CIK EMOK
ENTRY INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK
✿ IKAN KELI BAKAQ MELETOP ✿
Sunday 26 February 2017 • 06:47 • 0 comments
Assalamualaikum semua... Hai hai hai, hello hello hello! =)

Hari ni ceq nak post satu resepi yang baru... taraaaa... IKAN KELI BAKAQ MELETUP KEBABOM! Kenapa resepi ni ceq kata kebabom? Sebeb kalau dah makan mesti nak tambah punya la, cek jamin. Okey tak payah sembang banyak let we start it now!

Abaikan yang tinggai separuh tu, tak sempat nak amek gambaq depa dah pakat pulun.

Mesti korang tertanya-tanya kan apa rasa ikan keli bakaq meletop kebabom ni? Kalau takdak orang tanya pon nak bagitau jugak! First sekali rasa dia pasti la sedap heheheee ikan keli bakaq kebabom ni dia special sebab dia rasa semua, pedas pedas manis masin gitu. Sedap weuihhh sampai sekarang dok terasa lagi ni.

Jadi jom kita mula!

First sekali kita perlukan ikan keli yang dicuci bersih. Nak cuci ikan keli ni tak la susah. Semasa kita basuh ikan keli ni, kita kena basuh sekali dengan garam kasar dan asam jawa. Boleh ka ganti dengan garam biasa? Boleh ja.. Sebab kita basuh sekali dengan garam dan asam jawa ni sebab ikan keli ni dia ikan sungai jadi bau dia lebih hanyir dan berlendir. Nak hilangkan semua ni, sebab tu la kena basuh macam tu. Ada paham? hehehee

Bahan-bahan blend adalah:


Serai
Bawang putih
bawang merah
Halia
Belacam
Cabai kering *masa ni cabai kering habis, jadi ceq ganti dengan cabai kecik
Kunyit *kalau ada kunyit hidup lagi bagus
Garam

So blend la semua bahan tu dan ketepikan. Sekaran kita tengok bahan sos pulak:

Sos tiram
Sos Cili
Kicap
Madu/gula *bahan sos ke ni ahahaha


Senang je kan bahan-bahannya. So jom kita mula perap!


Campur semua bahan dan gaul sebatikan. Ceq suka kalau ikan bakaq rasa manis manis sikit, jadi ceq lebihkan madu/ gula. Sedap weh sebab bila makan dia pedas pedas manis gitu..


So korang rasalah dulu, kalau kurang masin, masukkan garam lagi. Kalau kurang sos, tuang la. Pokoknya bila semua dah cukup rasa, korang peraplah dalam peti ais sejam ke dua jam. Lagi best kalau perap semalaman sebab rasa bahan bahan tu semua dah serap ke ikan keli tu.

Ceq cuma perap sejam ja sebab masa tu perut dah start nyanyi nyanyi dah. Now jom kita bakaq dia pulak


So korang rasalah dulu, kalau kurang masin, masukkan garam lagi. Kalau kurang sos, tuang la. Pokoknya bila semua dah cukup rasa, korang peraplah dalam peti ais sejam ke dua jam. Lagi best kalau perap semalaman sebab rasa bahan bahan tu semua dah serap ke ikan keli tu. Okay nak bakaq ikan keli ni ada dua cara. Cara pertama korang boleh bakar dengan menggunakan oven. Guna suhu 180C selama 20 minit. Guna api atas bawah tau. Suhu ni kadang-kadang ikut jenis oven jugak. Jadi korang kena alert la eh sama ada ikan keli korang tu dah masak atau belum.

Disebabkan ceq malas nak sokseh sokseh keluarkan oven, ceq guna cara otai. Hehehe bakaq guna dapur gas ja tapi dengan syarat kena lapik dengan tudung periuk kat bawah dia tu. Sebab tak mau ikan keli tu kena direct dengan api tu. Okey agak agak dah masak sebelah tu boleh la kalihkan bakaq sebelah satu lagi pulak. Dah masak tu, angkat dan ngap dengan nasik putih k. Sedapnyaaaaa!

SIAP!



OLD
✿STATUS✿
" Rindu keluarga di kampung. "

✿ABOUT✿


✿Cik Emok Mok. ✿Perlis. ✿28 June 1996. ✿UMSKAL’s student. ✿Islamic Finance.✿

✿MAKE A WISH✿

Masuk Universiti
Berat idaman
Belajar masak
Dekan List
Latio Sport

✿OTHERS✿


>> Baru jejakkan kaki ke dunia blog.
date : 23/09/15
at:10 am


>> Masih belajar.
date : 1/09/15
at: 12pm


>> Bakal menjadi CINDERELLA.
date: FUTURE
at: 13.12pm

✿BLOG ARCHIVE✿

  • ✿ IKAN KELI BAKAQ MELETOP ✿
  • ✿ KUNDASANG ✿
  • ✿ MANJA RASA ✿
  • ✿ APAM BALIK STUDENT ✿
  • ✿ROTI CANAI✿
  • ✿LABUAN✿
  • ✿PERANTAUAN✿