CIK EMOK
ENTRY INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK
✿ KUNDASANG ✿
Friday, 13 May 2016 • 22:21 • 0 comments
Assalamualaikum semua.. Hai hai hai, hello hello hello. :)

Cuti mid-sem yang lepas, Cik Emok dan Geng-Geng Cantik pergi Kundasang. Plan nak pergi Kundasang memang dah lama, tapi preparation last minute sebab semua exam sebelum cuti kan. So kelam kabut lah sikit nak urus tempahan tiket, homestay and kereta tu semua. Tapi alhamdulillah, dengan izin Allah sampai jugak kitorang ke Kundasang! Yeayyyyy! *Dah lama mengidam nak pergi sana*

Jadi kitorang pilih bertolak dari Labuan hari Sabtu. Kitorang ambil tiket feri pagi pukul 8.00 pagi. Jadi pukul 7.00 pagi memang kitorang dah terpacak kat depan terminal feri Labuan. Rasa macam awal lagi je, then singgah mamak dulu pekena roti canai. Hahaha sempat lagi kan. Orang cakap perut kenyang, baru senang hati! Perjalanan dari Labuan nak ke Kota Kinabalu ambik masa dalam 3jam lebih. Sempat marathon 3 movie ye masa dalam feri.

Masa dari Kota Kinabalu tu nak pergi ke Kundasang ambik masa dalam 2 jam lebih la. Alhamdulillah dalam pkul 5 petang macam tu kitorang selamat sampai kat Kundasang. Eh, sapa yang drive? Cik Emok la yang drive. Heeee bangga sekejap. First time lah Cik Emok drive lama dengan jalan bengkok bengkok macam tu. Pengalaman. Masa dalam perjalanan tu, bila dah masuk area Kundasang tu memang sejuk la. Angin dia nyaman je walaupun masa tu matahari terik. Tu la yang best uh kalau dok Kundasang. Disebabkan kitorang sampai lewat petang, jadi kitorang cuma cadang pergi melawat pekan Kundasang aje lah malam tu. Yeheee sejukkk~

Kitorang stay dekat Seribu 1 Homestay. Harga sangat-sangat berbaloi bagi percutian budget!

Esoknya tu baru bermula episode #GCVacay. Ecewaahh~ Jadi kitorang first sekali pergi melawat Memorial War Park. Hanya 10 minit dari Seribu 1 Homestay. Masuk hanya RM2/person. Apa yang best sangat pasal Memorial War Park ni? Meh sini Cik Emok nak habaq mai. MWP ni dibina bagi mengingati kematian 2300 orang tahanan British dan Australia yang melarikan diri dari Kem Tawanan Perang Sandakan masa Perang Dunia ke-2. Tahu tak dorang jalan lebih 200KM dari Tawau ke Sandakan, diorang cuma makan apa je yang diorang jumpa dan, yes, takde siapa pon yang terselamat! Dalam MWP ni ada 3 jenis taman yang mewakili 3 bangsa yang melarikan diri masa tu, Inggeris, Australia dan Borneo.

The Australian Garden

The English Rose Garden.



The Borneo Garden


Sekitar kawasan Memorial War Park

Seterusnya kami pergi tempat yang wajib pergi masa melawat Kundasang, iaitu Desa Cattle Dairy Farm, New Zealand versi Malaysia katanya hehehe. Dekat je dengan Memorial War Park cuma ambil masa 15 minit saja. Bayaran masuk RM5/seorang. Kalau nak datang sini, Cik Emok cadangkan datang awal pagi sebab kalau datang tengah hari memang parking penuh. Tapi yang bestnya kat sini, walaupun tengah hari matahari terik, tapi angin nyaman je, dingin je angin dy, best sangat! Dan ada lagi yang lagi best... Apa dia? AIS CREAM SUSU COKLAT! Paling paling sedap, fresh, gebu. Air susu lembu jugak ada jual, perisa coklat dan susu. Serius fresh dari ladang. Dekat situ jugak kita boleh bagi anak lembu atau kambing makan. Tapi Cik Emok tak bagi la sebab I pakai skirt kot masa tu. Kena cover ayu. :P





Acah-acah dekat New Zealand kejap heee~


Dan destinasi terakhir yang kitorang pergi adalah Strawberry Farm. Bayaran masuk cuma RM1. Tapi masa kitorang sampai dekat Strawberry Garden tu, tiba-tiba hujan. So tak sempat lah nak bergambar banyak-banyak.




Dan lepas tu terus balik kemas-kemas beg sebab nak pergi Kota Kinabalu pulak. Jyeahhh rasa tak puas hati sebenarnya masa tu. Banyak tempat lagi tak sempat pergi seperti Rumah terbalik and Spa Ikan Sungai Moroli yang. Cik Emok teringin sangat nak pergi sana tapi takpa lah In Sya Allah lain kali kalau ada rezeki jom kita ramai-ramai pergi Kundasang! :D Bukan lari ke mana dok Kundasang tu.






OLDNEW
✿STATUS✿
" Rindu keluarga di kampung. "

✿ABOUT✿


✿Cik Emok Mok. ✿Perlis. ✿28 June 1996. ✿UMSKAL’s student. ✿Islamic Finance.✿

✿MAKE A WISH✿

Masuk Universiti
Berat idaman
Belajar masak
Dekan List
Latio Sport

✿OTHERS✿


>> Baru jejakkan kaki ke dunia blog.
date : 23/09/15
at:10 am


>> Masih belajar.
date : 1/09/15
at: 12pm


>> Bakal menjadi CINDERELLA.
date: FUTURE
at: 13.12pm

✿BLOG ARCHIVE✿

  • ✿ MANJA RASA ✿
  • ✿ APAM BALIK STUDENT ✿
  • ✿ROTI CANAI✿
  • ✿LABUAN✿
  • ✿PERANTAUAN✿